KEMAHIRAN LISAN
-BAHAN GRAFIK-
::Alam::
::Alat Muzik::
![]() |
| Tamborin |
| Dram |
![]() |
| Marakas |
| Tamborin |
::Kemderaan::
![]() |
| Lori |
![]() |
| Kereta |
::Makanan::
![]() |
| Nasi Daging Masak Lada Hitam |
![]() | |||
| Nasi Lemak |
-BAHAN AUDIO-
KEMAHIRAN MEMBACA
Petikan : Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun
Haji Abdul Razak
YAB
Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli
parlimen Pekan, Pahang.
Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia
yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan
Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.
Latar belakang
Dato’
Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada
tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri
Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978),
Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai
dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd
Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Pendidikan
Najib
mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapatIjazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.
Politik
Najib
mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul
Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut
kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian
bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang
pernah dipilih ketika itu.
Najib
menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika
usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986,
beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam
sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika
berumur 29 tahun.
Antara
jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
- 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
- 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
- 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
- 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
- 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
- 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
- 1995-1999 - Menteri Pendidikan
Petikan Dialog
Milah: Bagaimana dengan tanaman yang diusahakan oleh
ayah kamu? Sudahkah mendatangkan hasil?
Azni: Syukur. Tanaman yang diusahakan itu berhasil. Tanam-tanaman ayahku seperti bayam,
sawi, jagung, pisang dan betik telah memberi pulangan yang agak lumayan.
Tiap-tiap pagi, ayahku menjual hasil pertaniannya di pasar tani yang
berhampiran. Malah ada peraih yang membelinya setiap hari. Bagaimana dengan
tanaman ayah awak pula?
Milah: Nampaknya
tanaman kami pun mendatangkan hasil yang lumayan juga.
Azni: Kalau
macam itu, baguslah.
Milah: Cuti
persekolahan kali ini, apa yang akan awak lakukan?
Azni: Saya
pun tak pasti, Milah. Jika tidak ada sebarang program, aku akan menghabiskan
masa dengan menolong ibu bapaku bertani.
Milah: Apa
pendapat awak jika kita pergi melawat tempat-tempat yang menarik di negara kita
bersama-sama?
Azni. Itu
cadangan yang baik. Bolehlah kita berdua melawat tempat-tempat menarik seperti
Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, dan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan di Putrajaya. Apabila
kita melawat tempat-tempat yang menarik itu, pasti kita akan mendapat ilmu
pengetahuan.
Milah: Menarik
juga cadangan awak, Azni. Selama ini kita mengetahui tentang Putrajaya, Menara
Berkembar Petronas dan tempat-tempat lain yang menarik hanya melalui pembacaan
di majalah.
Azni: Betul
tu, Milah. Selama ini kita mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas melalui
pembacaan. Apabila kita melawat menara itu, dapatlah kita melihat reka bentuk
yang direka oleh Cesar Pelli.
Milah: Yang
paling menarik pula, bolehlah kita menjejakkan kaki ke menara yang
ketinggiannya 452 meter atau 1,483 kaki itu.
Azni: Wah,
hebatnya awak kerana dapat mengingat ketinggian menara itu!
Dewan Pelajar, November 2000
(diubahsuai).
Petikan : Taman Indah







No comments:
Post a Comment