Catatan Refleksi

بسم الله الرحمن الرحيم




Setinggi-tinggi syukur penulis panjatkan kepada Allah S.W.T kerana atas nikmat dan kesihatan tubuh yang dikurniakan-Nya dapatlah penulis menyiapkan tugasan BMM3053 dengan baik dan jayanya. Sepanjang pelaksanaan tugasan membina laman pembelajaran ini, banyak perkara baharu telah dipelajari berkaitan penggunaan laman web sebagai wadah perkongsian maklumat di alam maya.

            Tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada Minggu 1 hingga Minggu 5 merupakan tugasan yang menghendaki pelatih mencari dan mengumpul maklumat dalam fail komputer berkaitan alamat internet, katalog internet dan fail internet. Penulis juga didedahkan dengan penggunaan enjin pencari seperti google, yahoo dan sebagainya. Melalui tugasan subjek ini, penulis dilatih untuk lebih bijak memanfaatkan kemudahan internet bagi mengeksplorasi bahan-bahan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

            Di samping iitu, tugasan seperti ini juga dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet sebagai medan untuk menginterpretasi maklumat yang telah dikumpulkan. Aktiviti pada Minggu 5 misalnya, penulis dapat membina sebuah tapak pembelajaran menggunakan perisian ‘powerpoint’ dengan mengintegrasikan beberapa elemen penting dalam TMK seperti animasi, grafik, video, audio dan sebagainya.

Tuntasnya, melalui kursus ini, penulis telah memperolehi banyak pengetahuan baharu berkenaan dunia teknologi maklumat. Pembinaan laman pembelajaran melalui perisian seperti ‘blogger’ menjadikan maklumat yang diperolehi dapat dikongsikan bersama rakan-rakan di laman web pembelajaran.

Sekalung penghargaan buat pensyarah pembimbing, Encik Sahidani Abd Dani atas bimbingan dan sokongan sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, juga kepada rakan guru pelatih yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada penulis. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan kebaikan yang lebih banyak. 

Sekian, terima kasih.


No comments: